Perhatian Buat Semua Pelawat Profit Access Biz Blog...

Perhatian Buat Semua Pelawat Profit Access Biz Blog...
Sila baca kesemua post yang terdapat di dalam blog ini untuk mendapat maklumat dan gambaran sebenar perniagaan yang saya jalankan. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut...Bertanyalah pada yang pakar..Terima Kasih

Saturday, July 18, 2009

Cara Menggunakan Saya?


Pada Isnin ini 20 Julai akan diadakan sessi khas bersama DAD untuk berkongsi informasi, pengalaman dan tips untuk kita mengharungi dunia perniagaan networking ini. Sayasendiri tidak mempunyai maklumat tepat tentang isi kandungan ceramah khas ini..Namun yg saya amat pasti, Success Hall di tingkat 4 HQ akan dipenuhi dengan para Uptrenders yang ingin sesuatu daripada DAD..Jom ramai-ramai turun ke HQ...Datang awal, takut nanti terpaksa berdiri di belakang atau duduk di lantai...Jumpa di sana...

Read more...

D.A.D In Person


Ini adalah antara program yang ditunggu-tunggu oleh semua networker khususnya para Uptrenders..Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya...

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

Pelan Pemasaran UPTREND

Saya mendapat beberapa komen daripada para pengunjung laman blog ini bahawa saya tidak menerangkan atau menunjukkan maklumat mengenai pelan pemasaran dan bagaimana untuk menjana pendapatan melalui perniagaan ini. Sebenarnya saya ada menyediakan penerangan terperinci mengenai perkara tersebut di sini, namun untuk lebih memudahkan para pengunjung laman blog ini, di sini saya akan menerangakan secara gambarajah pelan pemasaran Uptrend dan maklumat asas mengenai pakej produk dan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan mudah.












Sebarang pertanyaan sila hubungi saya untuk mendapat penerangan yang lebih terperinci di talian
012-3502694
atau email ke

Read more...

Notis Akhbar



Ini adalah keratan akhbar Utusan Malaysia pada November 2008. Pihak syarikat mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan notis kepada umum untuk memberi peringatan dan mekluman bahawa Uptrend Network Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berdasarkan penjualan pakej produk yang pelbagai dan BUKAN satu bentuk pelaburan. Pendapatan ahli dijana melalui penjualan pakej dan bukannya skim pelan pelaburan. Maknanya dengan kata mudah, pendapatan akan dibayar sekiranya ada pakej terjual. Oleh itu semua ahli Uptrend mestilah berusaha untuk memperkembangkan perniagaan masing-masing berdasarkan tatacara dan garis panduan yang dibenarkan oleh syarikat dan undang-undang. Kepada semua Uptrenders, yakinlah bahawa kita berada di jalan yang betul dan marilah kita berusaha dengan lebih kuat lagi untuk merealisasikan impian kita..

Read more...

Sunday, July 5, 2009

Road Show With Shawal AF5

Pada bulan Julai ini, TRB Network menganjurkan Road Show ke seluruh negara. Pada program kali ini, TRB bekerjasama dengan seorang artis realiti tv iaitu Shawal AF5 yang juga telah menyertai perniagaan ini. Berikut adalah jadual Road Show TRB. Pada Uptrenders bolehlah membawa prospek ke lokasi berkenaan untuk mendedahkan mereka mengenai perniagaan e-networking. Para speaker yang terlibat amatlah berpengalaman dan kehadiran anda amatlah dialu-alukan..Go Go Go..!!

Read more...

Sunday, June 28, 2009

Lesen Jualan Langsung


Sebelum ini, ramai yang mempertikaikan bahawa lesen AJL syarikat Uptrend Network Sdn. Bhd. telah tamat dan tidak disambung oleh KPDNHEP. Namun inilah dia lesen AJL syarikat yang terbaru untuk tahun 2009 hingga 2010. Jadi, tidak apa yang perlu diraguikan lagi kerana perniagaan ini adalah sah di sisi undang-undang. Pada orang di luar sana yang masih menyebarkan maklumat dan fakta negatif tentang Uptrend, silalah teruskan aktiviti anda kerana kami dan yang lain akan terus mengorak langkah bersama Uptrend Network Sdn. Bhd. untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Uptrend yang memeberikan keyaan ini kepapa Uptrenders untuk terus bernaung di bawah lebel Uptrend. Syabas buat semua...

Read more...

Lumiglow PROMOTION!!


Pada Uptrenders atau sesiapa yang ingin menyertai Uptrend melalui penjualan produk terbaik dari Uptrend, sekarang adalah masa yang amat sesuai kerana Kempen LumiGlow Mega Value Pack sedang hangat berlangsung. Anda pasti teruja dengan tawaran yang disediakan melalui promosi ini...Promosi ini berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos..Jangan lepaskan peluang hebat ini...Jom Kita!!

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Sijil PPIM

Ini adalah sijil yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada syarikat Uptrend Network Sdn. Bhd. Sijil ini memperakui bahawa syarikat Uptrend adalah mesra pengguna Islam. Ini membuktikan perniagaan yang dijalankan adalah telus dan memeatuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Isu ini amat sensitif kepada umat Islam dan penganugerahan ini membuktikan Uptrend adalah satu perniagaan yang dibenarkan dan halal. Cuba anda bayangkan tanggungjawab yang dipikul oleh pihak PPIM sekiranya benar perniagaan ini haram seperti banyak yang diperkatakan di luar sana. PPIM adalah satu organisasi yang boleh dipercayai dan mereka tidak akan mengeluarkan sijil ini jika mereka tidak benar-benar yakin dengan sistem perniagaan syarikat ini. Semoga Uptrend akan terus maju berkembang di masa akan datang.

Read more...

Thursday, June 4, 2009

Lumiglow Business Review

Semalam 3hb Jun telah diadakan Business Preview untuk produk terhangat Uptrend iaitu LumiGlow. Ia adalah sebahagian aktiviti yang diaturkan oleh Uptrend untuk mempromosikan LumiGlow dan peluang untuk menjana pendapatan melaluinya. Seperti yang sedang hangat diperkatakan, krim LumigGlow adalah satu produk hebat dari Uptrend khusus untuk kecantikan dan kesihatan. Namun begitu berdasarkan testimoni dan pengalaman saya sendiri, ia amat berkesan untuk mengubati pelbagai sakit dalaman. Antaranya asma, ghout, kanser, resdung, sakit buah pinggang, sakit sendi dan pelbagai lagi. Saya perlu akui apapun jenis penyakit dan ubatnya adalah datangnya dari Allah dan kita manusia wajib untuk berikhtiar dan pada saya LumiGlow adalah ikhtiar terbaik setakat ini.


Berbalik kepada taklimat atau priview yang diadakan semalam, saya secara pribadi merasakan speaker LumiGlow iaitu Pn. Azizah telah memberikan satu talk yang amat lengkap dan berkesan kepada tetamu yang hadir. Selain info yang terperinci serta pelan pemasaran yang sangat hebat, demo yang dilakukan semasa preview ini berlangsung amat menarik kerana kesan produk hebat ini dapat dirasakan hanya dalam 20 minit sahaja.


Sila lihat perubahan yang dialami oleh testimoni di bawah, Pn. Azizah hanya menyapukan krim LumiGlow pada tangan kirinya dan hanya dalam masa 20 minit sahaja kesan krim ini jelas kelihatan pada wajah beliau. Selain perubahan yang dinyatakan di dalam gambar di bawah, wajah beliau kelihatan lebih segar berbanding bahagian kanan yang agak keletihan..Hebat bukan?sapu di tangan kiri, kesan di muka kiri..Terpulang pada anda untuk mempercayainya, dan yang pasti LumiGlow telah menjadi pilihan ramai untuk menyelesaikan pelbagai masalah..Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya untuk demo dan pembelian produk..



Read more...

Uptrend June Event







Read more...

Tuesday, June 2, 2009

LumiGlow Business Review


Pada uptrenders atau sesiapa yang ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai LumiGlow, anda boleh menghadiri taklimat ini secara percuma seperti yang tertera di dalam iklan di bawah. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Uptrend sebagai pengedar rasmi LumiGlow, satu krim ajaib yang mampu menyelesaikan masalah kecantikan dan kesihatan. Pulangan Plan B yang ditawarkan melalui penjualan produk amat lumayan termasuk pelbagai bonus dan promosi.

Read more...

Sunday, May 31, 2009

New Promotion for Uptrender




Read more...

TRB Open Day @ WIsma Uptrend

Salam to All..pada weekend lepas 30hb5 diadakan satu perjumpaan untuk semua ahli Uptrend yang bernaung di bawah Team TRB. Perjumpaan diadakan di HQ Uptrend di Wisma Uptrend Network Sdn. Bhd. di One Jaya PJ. Antara aktiviti yang diadakan adalah ramah mesra sesama ahli, jamuan, lawatan ke setiap floor Wisma Uptrend, penerangan produk dan mcm2 lagi. Saya sendiri tak lepaskan peluang untuk datang ke majlis tersebut untuk berjumpa sendiri dengan Uptrneders lain yang datang dari merata Malaysia. Kesempatan untuk bertemu dengan TRB Founder sendiri iaitu Daniel, KJ dan Simon amtlah berharga bagi saya. Walaupun saya berasa amat rugi kerana tidak mengikuti program sehingga selesai namun kesempatan yang ada memberikan saya satu semangat untuk terus berusaha dan berjaya bersama TRB dan Uptrend..


Daniel membuat ucapan alu-aluan kepada ahli TRB yang datang..Walaupun bertubuh kecil namun semangatnya besar..Syabas Daniel..!!



Antara leader & jutawan yang berada di barisan hadapan sekali. Mereka inilah yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan TRB di dalam Uptrend. Kelihatan juga Bintang AF iaitu Syawal yang dilantik secara rasmi sebagai Duta TRB Network. Kelihatan juga mentor saya En. Yusof yang segak berbaju BMW..



Kehadiran En. Peter Wong iaitu Naib Presiden Kanan (Pentadbiran & Operasi) Uptrend2u pada majlis ini membuktikan sumbangan besar TRB dalam menyumbang kepada perkembangan positif syarikat. Walaupun memberikan ucapan secara ringkas (K.I.S.S - 'Keep It Simple Sajeee) namun amanat yang diberikan amat2 berguna untuk TRB mengorak langkah ke hadapan.



Bergambar bersama Syawal AF..saya pun xpasti samada si Syawal ni memang tinggi atau saya yang pendek...




Ini adalah antara kesempatan yang tidak saya lepaskan..Saya dan isteri berkesempatan untuk berborak dan bergambar dengan JUTAWAN TRB iaitu Daniel, KJ dan Simon. Simon tiada di dalam gambar..Anda bayangkan, mereka sudah sah2 jutawan tapi tidak sombong untuk melayan kita yang masih baru ini...Nasihat Daniel pada saya..'Ok Faizal, all da best..Break Your Personal Best yaa..'Pada yang masih belum join, apa lagi tunggu..dengan access yang kita ada terus dari yang berjaya, tiada alasan untuk mengatakan bisnes ini tipu, xda potensi dan lain2 lagi yg negatif..apapun...Go Go Go Next Level...


Berborak bersama Leader Kamarul dan Redduan selepas menikmati hidangan yang disediakan oleh Uptrend kepada ahli TRB. Inilah kesempatan untuk berjumpa, bersemuka dan bertukar2 tips untuk lebih berjaya. Sifat ego, malu dan sombong perlu dikikis kalau kita nak berjaya..


Semasa menikmati hidangan, para hadirin dipertontonkan dengan tayangan EOM yang dikendalikan oleh Cikgu Aizan. Walapun menontonnya secara santai namun tips2 yang diberikan amat berguna..Konsep Hot Market, Warm Market and Cool Market antara tips yang melekat di kepala...



Penerangan tentang produk terbaru iaitu Biocera diberikan kepada ahli TRB untuk memantapkan pengetahuan tentang produk dan peluang pendapatan melaluinya.

Set Produk terbaik dari Uptrend..




Semua ahli TRB yang hadir dibenarkan untuk melawat di sekitar Wisma termasuk tingkat 2 hingga 6. Ini untuk memberikan gambaran positif kepada ahli tentnag kemajuan yang dihadapi oleh Uptrend sejak 2004 hingga kini..




BMW Team..adakah saya akan memiliki baju seperti ini?Kalau boleh saya bukan sahaja ingin memiliki baju ini, tetapi ingin memiliki disiplin, kematangan serta kegigihan seperti pemilik baju ini..
- Breaking My Personal Best -
Faizal
Profit Access Network
TRB Group

Read more...

Thursday, May 21, 2009

:: LUMIGLOW :: - Uptrend's Killer Product


: Lumiglow ::
Cara Holistik Untuk Kecantikan Dan Kesihatan
Krim LumiGlow, dirumuskan di Jerman, membantu menjana semula sel-sel kulit, menegangkan wajah serta menambahkan tenaga dan meingkatkan sistem imun. Produk ini juga mempunyai kesan-kesan anti-radang dan anti-spasmodik serta menyeimbangkan hormon.
Apakah itu hormon?
Hormon adalah rembesan endokrin yang akan mengimbangkan dan mengawal atur pelbagai sistem dalam tubuh kita. Rembesan ini bertanggungjawab dalam berbagai fungsi seperti terlibat dalam ciptaan kehidupan, pembesaran, pembiakan, penuaan, emosi dan tingkahlaku. Sebagai sumber kekuatan kehidupan dan kekuatan tenaga, adalah amat penting untuk sistem hormon ini berada di dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak kita akan mengalami berbagai masalah kesihatan dan seterusnya akan menjejaskan kesejahteraan hidup, minda dan spiritual.

Pada zaman ini dengan berkembang pesatnya masyarakat, kita terdedah dengan berbagai ancaman seperti pencemaran, bahan kimia, stres, amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, di mana semua ini boleh menggganggu keseimbangan hormon di dalam tubuh dan akan memberikan kesan yang negatif dalam jangkamasa panjang.

Masalah wanita yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon

Akil baligh (remaja hingga awal duapuluhan) : kulit berjerawat, dada yang leper,senggugut.

Wanita hamil (20an hingga awal 30an) : kurang tidur, insomnia, masalah pencernaan, sembelit

Pertengahan umur (pertengahan 30 ­awal 40an) : payu dara mengendur, osteoporosis, sejuk tangan dan kaki, pigmentasi dan arthritis.

Menopos (50 ke atas) : gaut, rambut gugur, berpeluh malam, perasaan tidak menentu

Masalah yang berkaitan dengan lelaki

Umur bawah 50an : sentiasa letih, sejuk kaki dan tangan, pergerakkan dan tindakbalas menjadi perlahan, kurang bertenaga, sembelit, tidak berselera, berat badan bekurangan, artraitis, kekejangan.

Kesan mental : kurang penumpuan, perasaan tidak menentu, bertambah sensitif, mudah marah, insomnia, murung.

Prestasi seksual : nafsu berkurangan, masalah ereksi.

Fungsi renal : masalah pembuangan air kencing: kerap kencing, kuantiti sedikit, sukar mengawal/menahan.

Fungsi kardiovascular : sakit kepala, peluh dingin, denyutan jantung bertambah kencang, sejuk kaki dan tangan.



Gunakanlah LumiGlow untuk menyelesaikan banyak tersebut

Lumiglow Uptrend2u dirumuskan bersama DHEA dan bahan aktif yang lain:-Dioscorea villosa (Wild Yam) Pokok keladi yang unik ini , mengandungi lebih daripada 50 pencetus hormon. Ianya dianggap sebagai bahan terkini di dalam perubatan biologi dan dikenali sebagai bahan yang paling penting di dalam terapi hormon(digunakan sendiri). Oleh kerana pokok ini hidup di tempat yang tidak tercemar, ia mempunyai bahan penyembuh sendiri, apabila digunakan oleh manusia, bahan ini merangsang penyembuhan sendiri dan pengaktifan semula organ-organ. Kesan yang paling penting sekali ialah bahan ini boleh membantu di dalam mengaktifkan, menyeimbangkan penghasilan hormon, memastikan kita sentiasa menerima hormon yang sesuai apabila tubuh kita memerlukannya. Tambahan lagi, bahan aktif tumbuhan ini iaitu Diosgenin, diketahui mempunyai sifat-sifat antiradang dan antispasmodik.

Kini, krim keladi liar ini telah banyak digunakan dalam menyeimbangkan hormon, meningkatkan tenaga, stamina dan daya ketahanan, serta membuatkan kita berasa muda, kuat dan lebih bertenaga. Untuk wanita, bahan ini berkesan dalam mengurangkan simtom-simtom premenstrual dan menopos.

Aloe Vera
Aloe vera digunakan kerana kesan penyembuhannya yang hebat di dalam rawatan kulit, kesan gigitan serangga, kesan terbakar dan jerawat. Telah terbukti keberkesanannya di dalam menegangkan dan melembapkan kulit, memberikan wajah tampak muda.

Glygina Soya Protein
Secara tradisional, makanan mengandungi soya telah menjadi makanan untuk penduduk Cina dan Jepun, di mana insiden-insiden penyakit kanser yang bergantung dengan hormon seperti kanser payudara dan kanser prostat adalah rendah. Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa 25 gram(6.25 gram setiap sajian) protein soya diperlukan setiap hari untuk memberi kesan di dalam pengurangan kolesterol. Kaum wanita digalakkan untuk mengambil soya ini untuk melegakan simtom-simtom sebelum kedatangan haid dan juga menopos. Ia juga membantu di dalam penghasilan kolagen dan juga melembapkan dan mencerahkan kulit supaya kulit nampak cerah, licin dan tampak muda.

Ekstrak Biji Anggur(Cecair)
Penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan merupakan pemburu radikal bebas. Dengan mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas, kita boleh melambatkan proses penuaan, mengurangkan insiden penyakit jantung, kanser, strok dan lain-lain lagi. Ekstrak biji anggur telah diketahui mempunyai sifat antioksidan. Dengan menguatkan dinding saluran darah ini juga membantu dalam peredaran darah.

Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak juga mengurangkan aktiviti radikal bebas. Vitamin ini memainka peranan penting dalam melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko penyakit kanser dan diperlukan dalam fungsi tubuh, rambut yang sihat dan kulit.

D.I.Y (Do It Yourself) bermakna anda boleh lakukan sendiri

Mengapa tunggu lagi?Mulakan plan tindakan kecantikan dan kesihatan anda. Anda mempunyai LumiGlow sebagai teman dan rakan anda.

Sebagai tanmbahan kepada kulit anda, LumiGlow menggunakan bioteknologi dan juga nanoteknologi untuk memberikan anda kebaikkan bahan aktif terus ke aliran darah anda, tanpa melalui proses pencernaan yang lama. Dapatkan kesan yang hebat dengan penggunaan yang teratur. Dapatkannya, oleskannya, rasakannya dan serlahkannya.

Cara penggunaan
Urutkan perlahan-lahan setengah sudu teh krim ini dua kali sehari di leher, atas lengan(ke atas), payudara (keatas dan ke dalam), belakang badan berhampiran pinggang(ke bawah), pergelangan tangan(bulatan ke atas), perut(bulatan arah jam), bahagian dalam peha(bulatan ke atas).

Jika terdapat tindakbalas berlarutan, hentikan penggunaan dan rujuk kepada individu yang memperkenalkan produk ini. Tidak disarankan penggunaannyaoleh wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.



Status Halal

Lumiglow mempunyai pengiktirafan status HALAL daripada pihak berwajib. Jadi para pengguna muslim tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya.

Penafian

Maklumat ini adalah sebagai bahan pendidikan, dan bukan sebagai nasihat perubatan dan juga bukan sebagai bahan pengganti rundingan doktor anda.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP